Friday, June 1, 2018

Tarikh Bersejarah: 9 Mei 2018

Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka. Ia pasti menjadi sejarah.. Begitulah demikian lirik lagu Sudirman yang didendangkan setiap kali tiba 31 Ogos, tarikh negara Malaysia mencapai kemerdekaan.

Namun, bukanlah aku mengerah keringat untuk menulis episod ini mengenai penghayataan kemerdekaan, akan tetapi aku menulis peristiwa yang kedua bersejarah selepas kemerdekaan tanah melayu iaitu merdekanya Malaysia dari “cengkaman” Barisan Nasional.

You know what, secara tak langsung sebenarnya aku telahpun follow isu politik negara since 2008. Di mana, ketika itu aku masih lagi bersekolah menengah. Masa tu, hala tuju parti politik, siapa kepimpinan tertinggi semua aku tak ambil tahu sangat, yang aku tahu masa tu aku sokong PAS sebab perjuangkan Islam. Zaman tu, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup. Alhamdulillah syukur sempat merasai nikmat di bawah curahan ilmu beliau. Tak dapat banyak, tempias pun masih kena.

Diringkaskan cerita, aku masih lagi penyokong sejati PAS sehinggalah PRU-13. Di waktu itu, kedudukan PAS sangat kukuh dalam Pakatan Rakyat, yang mana ada 2 kerjasama dengan parti besar lain iaitu PKR dan DAP. Ketika PRU sedang berlangsung, aku sedang menjalani latihan Khidmat Negara. Jumpa kawan baru, pengalaman baru, tempat baru dan segala macam baru lah. Tapi yang sedihnya bila keluar dari Latihan Khidmat Negara, tampuk kepimpinan masih lagi lama. BN still menang.

Tup tap tup tap! Dah pun 5 tahun.

 Bukti aku dah mengundi

Bagaikan tidak percaya, aku sebagai anak muda pada hari ini diberikan mandat untuk mengundi dan memilih parti yang sebetul-betulnya bagi menjatuhkan kezaliman Barisan Nasional yang menindas sekian lama. Lagi yang aku tidak dapat hadam, bila di atas kertas undi ada 3 parti yang terpaksa aku pilih. PKR vs PAS vs BN. Itulah kali pertama aku undi dan kali pertama jugak aku terpaksa pangkah selain PAS. Ini bukan cerita 5 tahun lepas beb. Ini cerita PAS sekarang. Nanti aku buat tajuk khas “mengapa aku tidak lagi bersama PAS” haa nanti korang baca. Selesai mengundi aku pulang ke rumah dengan jari berinaikan dakwat PRU berwarna purple. Dah macam kulit Thanos kan warnanya.

Dan...

Dari petang hingga 4 pagi aku menanti untuk mengetahui keputusan penuh. Pakatan Harapan disahkan menang majoriti menewaskan Barisan Nasional. PAS parti bersendirian menang hanya 18 kerusi parlimen.

Kata-kata pedih dan pilu yang sempat aku dengari dari ayah “sepanjang ayah hidup, inilah kali pertama UMNO Barisan Nasional kalah...”. Semestinya orang yang hiba pada malam tu di rumah kami adalah ayah. Ayah memang penyokong tegar UMNO sebelum ni sebab dia orang veteran, kita sendiri tahu UMNO lama, macam mana diorang berkhidmat untuk rakyat. Hat problem UMNO yang sekarang ni. Doktrin Najibisme membuatkan rakyat Malaysia tekad dan bangkit untuk mengubah haluan negara ke arah kerajaan baru.

Saluran 6 untuk generasi muda

Melalui detik bersejarah ini membuktikan, pihak kerajaan jangan sesekali memandang enteng suara anak muda kerana pada PRU kali ini, undi dari umur kami lah yang memisahkan antara kemenangan besar Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional.

So, pada kerajaan baru you better watch out! Tak bagus kami tukar lagi secara berjemaah. Yang penting jangan taksub parti okayyy 😏

Thursday, June 15, 2017

Muqaddimah

Assalamualaikum and hello guys πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ

Sebenarnya dah lama pencen jadi penulis blog tapi mulai hari ini terasa nak start menulis balik, mungkin dari basic balik kott. Sebelum tu nak bagitau siap-siap, penggunaan bahasa dalam blog ni mungkin banyak bahasa campur manglish atau istilah lainnya bahasa rojak. Jadi, harap korang tak straight sangat dalam menilai. Just baca dan enjoy okay hehe. Anything untuk penambahbaikkan boleh suarakan dekat shoutbox.

Im just writing for fun.
Dont expect too much from me okay : )